Azmin Ali dilahirkan pada 25 Ogos 1964. Ibu bapanya telah berhijrah ke Selangor pada tahun 1968 dan Azmin dibesarkan di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Klang semenjak berusia empat tahun.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 2, beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke University Of Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik dan juga Ijazah dalam bidang Ekonomi.
Beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim selama lebih 12 tahun; mulai tahun 1987 semasa Menteri Pendidikan sehinggalah 2 September 1998.
Beliau juga telah mengikuti Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Politik di Oxford University pada tahun 1997.
Sejak penubuhan Parti Keadilan Nasional (keADILan) pada tahun 1999, beliau mengambil peranan aktif bagi mengembangkan pengaruh keADILan melalui tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Antara jawatan yang beliau sandang kini ialah :
1. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang;
2. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan;
3. Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Selangor;
4. Ketua Bahagian keADILan Gombak;
5. Pengarah Pilihanraya keADILan Pusat.